Faktor kejayaan dalam beberapa pilihan raya negeri serta kes mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan antara punca mengapa UMNO mendesak pembubaran Parlimen secepat mungkin.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abdul Hamid berpendapat, UMNO sebenarnya cuba untuk mengelakkan malapetaka lebih besar memandangkan situasi politik semasa yang semakin tidak boleh dijangka.
